Selasa, 2009 November 10
Untuk Maul yang nak tengok...Adra dah tangkap gambar ni walaupun malu sebenarnya nak tunjuk. =)

bajunya

seluarnya
;
23:11
***
Ahad, 2009 Oktober 25
Hai semua! Adra rasa sekarang ni kegilaan terhadap jenama Giordano dah mula menular ke setiap salur fikiran. Mungkin sebab pengaruh Rain? Oh tapi tidak...kerana diakan lelaki. Saya perempuan. Tapi dengan ini saya mengakutelah jatuh cinta terhadap label Giordano.
Baru-baru ini saya telah membeli sehelai skinny jeans kerana berkenan dengan corak bunga pada poketnya. setelah mendapat baucer terus tak teragak-agak membeli lagi sehelai baju berbelang lengan panjang. Dah berkenan sangat, sampai tak mampu dilepaskan.
Hehehe...
;
22:58
***
Bengkel Penulisan Novel AVA 2009 - 12 Disember 2009
Assalamualaikum...adra ada berita untuk disampaikan berkaitan bengkel penulisan novel.
Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel penulisan ini, ada beberapa perkara yang diperlukan :
1) Hanya terbuka kepada 15 orang sahaja (terbuka kepada semua dan yang menempah awal). Sila daftar dengan menghantar emel pada ejenmanuskrip@yahoo.com dengan memberikan nama, nama pena (sekiranya ada), alamat, nombor telefon.
2) Sila hantar/emel sinopsis lengkap novel (tidak kira apa genre) kepada ejenmanuskrip@yahoo.com bagi dinilai di dalam bengkel kelak. Boleh memasukkan sinopsis untuk watak-watak, latar tempat, masa dan sebagainya. Contoh/format akan diberikan kepada perserta melalui emel perserta dalam masa yang terdekat.
3) Menyertakan bab 1 (bukannya salah satu daripada bab yang ada/siap)
4) Tarikh : 12 Disember 2009 (Sabtu)
5) Pemudahcara : Puan Nisah Hj. Haron
6) Tempat : Pusat Belia Antarabangsa, Cheras.
7) Yuran pendaftaran : RM 100.00 (Dibayar sewaktu pendaftaran bengkel)
8) Selain itu, pemudahcara memohon agar perserta membaca semua sinopsis - agar dapat memahami apa yang bakal diterangkan serta dapat memberi buah fikiran dan pendapat.
9) Makan dan minum disediakan, surau ada di tempat bengkel.
p/s : Sekiranya ada sambutan atau sesiapa yang berminat dan tidak dapat mengikuti bengkel ini, tarikh bengkel penulisan novel seterusnya adalah 3 Januari 2010 (Ahad). Sila buat tempahan awal, kerana untuk menjaga kualiti bengkel, hanya 15 orang perserta sahaja yang dapat menyertai. Terima kasih.
Senarai Perserta Yang Sudah Mendaftar Untuk Bengkel Penulisan Novel 12 Disember 2009
1. Norfarahin Athirah Abd Rahim
2. Maria Kajiwa
3. Nadir AD
4. Farah Husain
5. Zuliana Abuas
6. Norfadhilah Maarif
7. Neddo
8. Kaseh Esmiralda
9. Rakan Farah
10. Nemo
11. Macai Suci
12. Abang Bro
13. Fadxiora
14. Ilmar Imia
* Hanya satu (1) lagi kekosongan.
Bengkel Penulisan Novel AVA 2009
Terima kasih atas respons terhadapan cadangan untuk mengadakan bengkel penulisan novel. Saya bercadang untuk mengadakannya pada bulan Disember, ada beberapa tarikh yang yang kosong setakat ini - 12/12 (ini tarikh cantik!) @ 26/12 @ 27/12. Sila lihat dan pilih tarikh mana yang sesuai untuk saudara-saudari. Harap dapat respons. Sila war-warkan kepada rakan-rakan yang lain. Tempat adalah terhad, kali ini AVA hanya buka untuk 20 orang perserta sahaja. Sila war-warkan kepada rakan-rakan lain.
- Pemudahcara : Puan Nisah Hj Haron
- Tempat : Pusat Belia Antarabangsa Cheras, KL
- Yuran : RM 100.00
Senarai Perserta Yang Sudah Mendaftar Untuk Bengkel Penulisan Novel 3 Januari 2010
1. Anne Kasih Mustafa
2. Water Lily
3. Lea Qistina
4. Ariyatna Adri
5. Amir Hamzah
6. Putri Lily
p/s: Kedua-dua butiran diperolehi daripada Blog Rasmi AVA.
;
22:17
***
Khamis, 2009 September 10
Langkah diatur lemah. Suasana riuh rendah membangkitkan rimas. Dia tahu, mulai saat ini tiada sesiapa pun dapat menghulurkan bantuan. Mustahil dia dapat meloloskan diri lagi! Hakikat hidup harus dihadapi. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Dan sekarang di sinilah dia, hanya menanti saat diadili dan dijatuhkan hukuman.
“Pengawal! Bawa masuk anakanda beta!” Laungan ayahanda membuatkan deru nafasnya berterabur. Keras dia tak mahu berganjak, hingga terpaksa diheret oleh pengawal tadi.
“Patik mohon maaf, tuanku.”
“Hari ni kau berhutang dengan beta.” Bisiknya dengan mata yang sengaja dibulatkan. Pengawal itu hanya tersenyum. Masak dengan kerenah tuan putera tersebut.
Isyarat tangan Tuanku Pertama cukup untuk membuatkan semua pengawal beredar dari kamar peribadinya. Hanya seorang sahaja masih setia di situ. Anakandanya yang degil menanti bicara dari bibir sang ayahanda.
“Wahai anakanda tersayang. Ingin ayahanda memberi kata dua kepadamu. Mahukah dituruti ataupun segala milikmu akan disita?” Terbuntang matanya. Adakah terlalu besar kesalahan yang telah dia lakukan hingga diberi amaran sebegitu rupa?
“Anakanda mohon ampun ayahanda. Sesungguhnya, anakanda tiada tahu bahawa kamar itu kamar larangan.”
“Tidak mengapa wahai anakanda. Usahlah diulangi lagi kesalahan itu. Jangan diturutkan kehendak nalurimu. Ayahanda tahu, apa yang sedang anakanda pelajari dari Pendeta Gerimis. Manfaatkanlah akal bestarimu. Sedang belajar itu suatu tuntutan, namun anakanda harus jua berwaspada. Sana bukan tempatmu.”
“Baiklah ayahanda. Terima kasih atas pesananmu. Andai tiada titah lagi, izinkan anakanda bermohon diri.” Kedua belah tangan diangkat sebelum berundur beberapa tapak.
Meski dia berdiam diri, terlalu banyak soalan menerpa benaknya. Kenapa ayahanda tak pernah faham? Sejak kemangkatan bonda, dia sunyi. Segala yang dilakukan sekadar untuk mengiburkan hati. Sebagai seorang putera yang bakal mewarisi takhta benua Lipuripan, dia cukup beruntung kerana dikurniakan kebijaksanaan. Kebolehannya mengenali dan membaca buruj sungguh mengagumkan.
Tambahan pula, tunjuk ajar daripada Pendeta Gerimis menyerlahkan kemahirannya dari hari ke hari. Akan tetapi, tanpa disangka sikap ingin tahunya telah membawa penerokaan ke tempat yang salah. Jelujur Rahsia? Mengapa tempat tersebut dinamakan sedemikian? Usah ikutkan kemahuan hati! Dia berpesan pada diri sendiri. Perintah ayahanda harus dipatuhi. Jika tidak semua barang kesayangannya akan terbuang sia-sia sedangkan bukan sedikit usaha yang dicurahkan untuk memperolehi semua itu.
Masuk hari kesepuluh dalam tahanan di kamar peribadi. Sang putera masih bermenung. Sesekali dia ada juga berbual dengan Pendeta Gerimis. Namun kerana kesibukan pendeta itu, dia hanya dapat bersendirian tanpa ditemani oleh sesiapa. Andainya dia seorang puteri, tentu sahaja akan ditemani dayang-dayang cantik jelita seperti adindanya, Puteri Chempaka. Tetapi dia putera yang berjiwa lasak dan tak kenal erti berdiam diri. Dari terbit hingga terbenamnya matahari, dia masih termangu di tepi jendela. Mata beningnya terhala pada dada langit yang gelita. Bias cahaya rembulan separuh purnama begitu indah menyinari malam.
Dia tercari-cari gugusan bintang yang membentuk corak tertentu atau lebih dikenali sebagai buruj. Terangkat-angkat jarinya cuba merungkai kalau-kalau ada buruj yang tersembunyi di balik taburan bintang.
“Akhirnya muncul juga kau sang pemburu.” Putera ini sudah dapat melihat dengan jelas buruj belantik yang menyerupai seorang pemburu dengan bintang di kepala menunjuk ke arah utara.
Sejenak dia menanti. Kalau-kalau ada pengawal yang masih berbual sesama mereka. Kealpaan itu seharusnya dimanfaatkan sebaiknya. Suasana sepi bagai memberi laluan kepadanya untuk bertindak. Siapa tahu, malam ini mungkin menjadi malam bertuah buatnya?
Putera ini tiada pilihan lain apabila tindak-tanduknya terus-terusan diawasi. Seorang demi seorang pengawal dihampiri lalu ditekup hidung mereka. Sehelai sapu tangan yang bertitis minyak semambu mampu merangsang khayalan. Maka rebahlah pengawal-pengawal itu dibuai khayal sedang dia mengatur langkah cermat menuju ke Jelujur Rahsia. Segala yang tersembunyi di dalamnya membarakan rasa ingin tahu sang putera.
Saat tangan menolak pintu kayu usang, matanya terbuka luas. Betapa kamar rahsia itu menyimpan khazanah yang sungguh mengujakan! Satu persatu objek yang menarik perhatian didekati. Namun objek yang dilitupi kain perca berjahit jelujur bagai memanggil-manggil dia untuk membuka uncang tersebut.
“Apa yang tuanku lakukan?” suara cemas Pendeta Gerimis gagal memeranjatkannya.
Laju tangan sang putera merentap jahitan jelujur. Lalu terjatuh kompas berwarna perak yang berhabuk dari uncang itu. Matanya tidak berkelip. Terpegun kekaguman! Lantas penutup kompas itu dibuka dan…. Bersama kilau keemasan yang terbit bila penutup terbuka, jasad tegap milik putera itu turut menghilang. Pendeta Gerimis terpaku di situ, kehilangan kata-kata.
***
Burrr! Bunyi deburan menyentak perhatian. Tiga sekawan itu terpinga-pinga. Aktiviti renang mereka tergendala. Pandangan mereka tertumpu pada aksi seorang lelaki yang terkuak-kuak. Perlahan-lahan, mereka berenang menghampirinya. Sepintas lalu melihat kedatangan tiga manusia itu membuatkan sang putera kian berdebar. Adakah kelompok manusia ini mahu mengancamnya?
‘Kenapa beta boleh berada di tempat yang sebegini aneh? Orang-orangnya amat menakutkan. Tiada baju tersarung di badan. Rambut pula pelbagai warna, ada yang perang persis sabut kelapa.’ Kata-kata itu terhambur dalam hatinya. Dengan dirinya yang tenggelam timbul, sang putera kehilangan punca.
“Ni makhluk tuhan yang paling seksi mana pulak ni?” Mencerun pandangan Nashriq.
“Masalah! Memang masalah.” Gerutu Aidit.
“Tu je yang kau tahu cakap. Masalah, masalah. Dia ni bukan masalah. Dia orang.” Pintas Fazril hendak menyakat.
“Tahulah! Tapi masalahnya, siapa dia? Cuba kau orang tengok betul-betul apa yang tak kena? Aku rasa orang zaman sekarang mustahil nak pakai baju macam ni.”
“Alah! Kedai kostum kan banyak. Apa susah, sewa je lah. Mungkin dia baru balik dari parti pakaian beragam! Macam sekolah kita pernah buat dulu? Tema kisah dongeng. Dah lupa ke?”
“Tapi parti tu kan dah lama sangat. Aku musykil betullah. Cubalah kau orang teliti betul-betul. Bukak mata tu luas-luas. Perasan tak yang stail rambut dia tak moden langsung. Sanggup pulak pakai baju tidur yang bersulam, berlapis-lapis macam ni. Memang pelik.” Panjang lebar pula andaian mereka.
Masing-masing garu kepala bila gagal menemukan jawapan. Tetamu asing yang keletihan itu tenggelam tanpa disedari.
“Eh! Mana dia?” Hampir terjerit Nashriq bila lelaki yang dari tadi terkapai hilang dari pandangan mata.
“Ya Allah! Tenggelamlah wei!” Pantas Fazril menyelam ke dasar kolam. Tak mahu membiarkan musibah menimpa ‘tetamu’ mereka meskipun kehadirannya tidak diundang.
Nashriq menggaru kepala. Wajahnya diraup berulang kali. Sekujur tubuh yang sedang lena pulas dipandang penuh tanda tanya. Dia duduk di bilik sementara menunggu Fazril dan Aidit pulang dari membeli makanan. Awal-awal budak berdua itu menyuruhnya mengawasi tetamu tak bernama itu. Suasana asrama yang sunyi menimbulkan kebosanan.
Maklumlah, tengah cuti seminggu. Asrama di Sekolah Menengah Bintang Tujuh ini tidak mewajibkan para pelajar yang kesemuanya lelaki pulang ke rumah apabila tiba cuti sekolah. Bagi tiga sahabat ini pula, mereka mahu memanfaatkan tujuh hari yang aman tanpa gangguan sesiapa dengan menumpukan perhatian kepada latihan renang. Tahu-tahu, ada pula manusia yang tersesat dalam kolam. Macam-macamlah.
“Hoi! Termenung jauh.” Tepukan di bahu membuatkan Nashriq terkanjal.
“Dia tu tak bangun-bangun pun lagi. Aku bimbang kojol je.” Segera Fazril meletakkan jari ke hidung lelaki yang masih lena.
“Ada lagi ni. Panjang umur.”
“Wuargh!” Suara garau itu membulatkan mata mereka. Serentak Fazril, Nashriq dan Aidit berpaling.
Lelaki yang berselimut itu terpacak langsung berdiri di atas katil. Tindakannya nyata mengejutkan tiga sahabat berkenaan. Tangannya mendepang ke depan. Lagilah terbeliak mata mereka.
“Jangan hampiri beta! Kalau kalian berniat hendak mengapa-apakan, beta tak teragak untuk menyerang!” Lantang suaranya.
“Rilekslah. Cuba bertenang.” Tegur Nashriq. Aidit berselindung di belakang sahabatnya.
“Argh! Pantang beta dicabuli hak. Mana persalinan beradu beta? Adakah kalian yang mencurinya?” Nashriq memandang Fazril, Fazril memandang Aidit. Mereka tergeleng-geleng. Menggigil lutut. Biar betul lelaki ni? Nak mengamuk nampaknya. Sudahlah datang ke tempat orang.
“Hei! Dengar sini! Sudahlah bertandang tidak diundang. Kenapa buat kecoh? Ingat aku takut ke?” Tengking Fazril Dia dah habis fikir. Kalau ada senjata di tangan lelaki itu, takutlah juga. Tapi dia hanya bertempik sampai nak terkeluar anak tekak.
Mencerlung putera itu memandang mereka bertiga. Perkataan bertandang bagai menyedarkannya. Sepatutnya dia berada di istana, tetapi mengapa berada di sini? Sini itu di mana? Dia sendiri tak tahu.
“Di manakah tempat ini? Mengapa beta berada di sini?” Nadanya berubah lembut. Tiga remaja itu mula mengurut dada, namun tetap berhati-hati untuk mendekati ‘tetamu’ mereka.
***
Macam mana ni? Baju aku dah nak habis dia pinjam. Belum sempat hantar dobi lagi. Itu satu hal. Aku pening pulak fikir pasal katil. Bukannya nak berkira. Tapi, lagi tiga hari sekolah nak bukak. Mesti lusa Pali nak balik asrama. Aku kan sebilik dengan dia. Mana nak campak budak tu? Kita kena pujuk dia balik. Aku harap apa yang dia cakap tu semuanya tak betul.”
“Jangan risaulah Nash. Aku rasa tak lama lagi dia balik. Kita kena tolong dia. Aku tak nampak dia macam tengah berlakon atau hafal skrip. Apa kata balik ni kita tanya dia elok-elok? Bawak dia buat pemeriksaan doktor?”
“Nama beta Laksana Bulan…” katanya tiba-tiba sewaktu mereka sedang melapangkan fikiran.
“Hah? Apa ke lawak benar nama kau? Kalau aku cakap jangan terasa hati ya. Dah macam lagu pulak bunyinya. Engkau laksana bulan, tinggi di atas kayangan.” Berdekah ketawa tiga remaja itu. Sakit perut dan meleleh ait mata mereka sedang sang putera kehairanan.
“Lagu? Apakah gerangan lagu itu? Siapakah tuan empunya suara yang mendendangkannya?”
“P. Ramlee. Kejap aku pasang.” Selaku peminat seniman agung P.Ramlee, Aidit segera menghidupkan laptop dan memainkan lagu Engkau Laksana Bulan yang terdapat dalam koleksinya. Begitu asyik Putera Laksana Bulan menghayati lirik bait lirik itu. Indah dah menyentuh hati.
“Tapi boleh kita orang tahu kenapa nama kau macam tu?” Nashriq dan Aidit menyiku lengan Fazril.
“Beta diberi nama sedemikian kerana beta lahir sewaktu bulan purnama. Beta adalah putera yang lahir setelah berapa waktu negeri kami ketiadaan pewaris takhta lelaki. Dan kelahiran beta laksana bulan yang dicemburui bintang. Kekanda saudara iri pada beta kerana mereka tidak dapat mewarisi pemerintahan Lipuripan.”
Begitulah kisahnya. Mereka masih tidak mampu mempercayai setiap apa yang Laksana Bulan katakan. Pengenalan lelaki itu sebagai putera masih boleh disangkal. Jika benar dirinya adalah putera, di manakah mohor yang menjadi kebanggaan kerabat diraja zaman silam? Tiga sahabat ini cuba menafikan sedapat mungkin.
***
“Beta tak peduli! Pendeta Gerimis, tolonglah beta. Hantarkan beta kepada kekanda Laksana Bulan.” Permintaan tuan puteri itu terlalu berat untuk dilaksanakan.
Namun mengenangkan rayuan puteri yang baik budi dan sememangnya akrab dengan kekandanya, Pendeta Gerimis jadi tak sampai hati. Sejak mengetahui berita kehilangan kekandanya, Puteri Chempaka jadi penasaran. Mandinya tak lena, tidurnya tak basah. Dia mahu menemukan kekanda Laksana bulan dan memastikannya selamat.
“Baiklah tuanku. Patik cuba. Pergilah bertemu dengan ayahanda tuanku buat seketika sebelum berlepas sebentar lagi.” Puteri berparas anggun itu bergegas menuju ke kamar ayahanda tersayang. Dia ingin bermanja dan pergi tanpa pengetahuan ayahanda selepas itu.
“Jaga diri tuanku. Janji dengan patik, bawa pulang Putera Laksana Bulan hari ini juga. Mengikut bola kristal patik, putera Laksana Bulan sedang berada di salah sebuah bilik asrama Sekolah Menengah Bintang Tujuh. Menggunakan kompas masa ini, tuanku akan patik hantarkan ke sana.
“Bukankah berkali-kali beta katakan kepada kalian, beta tidak pernah berbohong. Pernahkah mendengar pantun ini? Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri.” Penuh perasaan Putera Laksana Bulan mengungkapkan pantun itu.
“Pernah. Masa kelas komsas cikgu ajar.” Pendek jawapan Fazril. Naik geli hati pun ada mendengar bunga-bunga bahasa lelaki yang mendakwa dirinya putera. Segala sangkaan dan tekaan mereka terhadapnya silap sama sekali. Setelah membawa rakan baru mereka menjalani pemeriksaan doktor, dia didapati waras. Mentalnya sihat dan tubuh badannya cergas. Takkanlah dia benar-benar Putera Laksana Bulan?
“Ish! Lama sangatlah si Aidit ni mandi.” Rungut Nahsriq. Badannya berlengas setelah seharian menghabiskan masa di luar. Pening pun tak hilang lagi melayan kerenah sang putera yang bertanya itu dan ini.
“Apa yang sedang mereka makan? Beta juga mahu cuba.” Tanpa teragak-agak dia singgah sebentar ke Baskin and Robbins untuk membeli aiskrim perisa karamel kepada putera itu. Namun bila sahaja makanan itu mencecah lidah, tak semena-mena ais krim yang berharga hampir lapan ringgit itu tercampak dari tangannya. Geram sungguh Nashriq jadinya. Buat membazir aje!
“Sejuknya! Air hujankah? Teruknya manusia zaman maju ini. Tiada makanan lain sehingga memakan air hujan pula.” Masa itu, mereka bertiga tepuk dahi.
“Tolong! Hantu!” Jeritan nyaring Aidit membuatkan mereka bertiga berkejar ke bilik air.
“Kau jaga-jaga! Aku nak tendang pintu!” Aidit terlentang dalam keadaan berseluar pendek bila tendangan padu Fazril yang menghala ke pintu tandas tersasar ke arahnya. Dia menjadi mangsa keadaan kerana hendak membuka pintu.
“Kanda!” Lembut suaranya menyapa gegendang telinga mereka bertiga. Membulat mata Laksana Bulan bila terpandangkan kelibat adinda kesayangannya.
“Dindaku Chempaka!” Dua bersaudara ini berpelukan. Erat! Sehingga dua sahabat itu terpaku melihat jelitanya rupa puteri nan anggun. Bila teringatkan perihal Aidit, mereka bergegas membangunkan sahabat yang masih pengsan.
“Apa khabar wahai kekanda? Dinda terlalu merinduimu.” Rambut dan pipi adiknya diusap berkali-kali.
“Kanda sihat sejahtera dinda. Iya, kanda jua rindu padamu. Terlalu rindu. Ayahanda pula bagaimana? Pendeta Gerimis? Bagaimana dinda boleh tiba di sini?”
“Semuanya atas bantuan Pendeta Gerimis. Dinda datang ke sini dengan hikmat kompas masa. Kompas yang menghantar kanda ke dunia ini tanpa sengaja. Alat yang masih diuji oleh Pendeta Gerimis sebelum ayahanda menggunakannya untuk manfaat bala tentera kita. Ayahanda sihat sahaja kanda. Dinda datang ke sini tanpa pengetahuan ayahanda.”
Terpegun Nashriq, Fazril dan Fazril mendengar perbualan dua beradik itu. Benarlah, putera Laksana Bulan tidak pernah menipu. Hanya mereka yang cuba menidakkan. Kawan baru mereka ini sememangnya sungguh istimewa.
“Kanda, sudikah kiranya andai kita pulang sekarang?”
“Tunggu sebentar dinda. Kanda mahu berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang terlalu banyak mencurahkan jasa. Mereka membantu kanda dengan ikhlas. Ke mari, kanda kenalkan. Nashriq, Fazril dan Aidit. Oh ya, puteri ini adalah adinda beta. Puteri Chempaka.”
Saat bersalaman, sekali lagi mereka bagai terpukau dek kejelitaan sang puteri. Jika dahulu, mereka mengagumi ketampanan wajah Melayu Tulen milik Putera Laksana Bulan, nyata adindanya tak kurang manis.
“Terima kasih sahabat-sahabatku. Andai ada usia, kita ketemu lagi. Selamat tinggal.” Bergilir-gilir tiga sahabat ini memeluknya. Ada sendu dalam perpisahan. Meski pertemuan dan persahabatan yang terbina hanya bersifat sementara namun kenangan yang tercipta kekal selamanya dalam ingatan.
“Macam baca kisah dongeng je rasanya. Jumpa pasangan adik beradik putera yang tampan dan puteri yang cantik. Aku rasa macam mimpi.” Luah Nahsriq.
“Kita bertuah sebab melalui pengalamannya. Sekurang-kurangnya kita tahu, wujud jugak putera zaman silam.” Tambah Fazril dalam senyuman.
“Sebabkan puteri cantik tulah, kepala aku ni bengang lagi. Nasib baik tak koma.” Seloroh Aidit. Tawa mereka meletus lagi. Namun nama Laksana Bulan dan Chempaka takkan lekang dari sanubari tiga remaja ini.
;
22:37
***
Ahad, 2009 September 06
Salam ceria buat semua kawan-kawan. Dah lama betul Adra tak kemaskini blog. Ada orang cakap berkepuk sawang hehehe. Maaflah, bukan suka-suka. Tapi sebab takde apa yang menarik. Tapi kali ni berbeza, untuk semua peminat Kim Bum yang sealiran dengan Adra...khasnya. Adra nak bawakan lirik lagunya yang bertajuk I'm Going To Meet Her Now dengan terjemahan bahasa Inggeris.

seuchyeo jinaganeun saramdeul geu sogeseo
nuguboda meonjeo chatgosipeosseo
olgeotman gatdeon geu nundongja moksoriga
anajugo sipeun maeumman deureo
geuriwoseo bogosipeo geudael bureumyeon
sesang eodideun geudaengeollyo
dasi geudael bulleo bomnida
na ireoke geudaeraseo
saranghaneun geudaeraseo
jigeum geudael mannareo gamnida
naege nunmulboda gipeun sarang
allyeojun geudae
cheoeum yaegihadeon gilgae garodeungdo
yeojeonhi ireoke naemameul bichwo
nungae seuchineun modeunge geu modeunge
geudaeegeman ieojuneun chueok
jinsimeuro johahage dwaetda malhamyeon
gollanhaehalkka duryeopjiman
dasi geudael bulleo bomnida
na ireoke geudaeraseo
saranghaneun geudaeraseo
jigeum geudael mannareo gamnida
naege nunmulboda gipeun sarang
allyeojun geudae
geudae hanaro
myeotbeonirago haedo
dasi taeeonandaedo
geudae sarangimyeon doendago
nuguboda saranghamnida
naegaseume nae mamsoge
sarainneun geudaeraseo
jigeum geudael mannareo gamnida
ije yeongwoniran yaksokkkaji damagamnida
geudae saranghaeseo haengbokhamnida
English Translation
Within the people I simply brush by
I wanted to find more than anyone
The eyes welled up with tears, that voice
I only want to hold you
If I miss you and call out to you my dear
Wherever I may be, it is for you
I’m calling your name again
Because I’m like this
Because your are the one I love
I’m going to see you again
A love deeper than my tears
The lamp on the street where we
First spoke shines a light on my heart
Evething that catches my eyes,everything
Are memories that remind me of you
If I tell you that I’ve gotten too really like you
Will you feel unsettled? I wonder
I’m calling your name again
Because I’m like this
Because you are the one I love
I’m going to see you again
A love deeper than my tears
With only you
No matter how many things
Even if I’m reborn
Will you feel insettled? I wonder
I love you more than anyone
Inside my heart,
Because you live in my heart
I’m going to meet you now
Bringing along the promise of forever
I’m so happy to be loving you
;
08:04
***
Jumaat, 2009 Julai 31
Adra nak bawa kawan-kawan mengembara ke alam fantasi kali ni..Idea baru yang telah dirombak ini datangnya dari manuskrip Bukan Putera Biasa yang baru seinci jalan siap. Ahahaha...
Okey okey. Tak nak mengarut lebih-lebih. Kita mula ya. Sebelum tu nak diingatkan, semua watak, jalan cerita, latar tempat, musim dan latar masa adalah berdasarkan imaginasi Adra selain rujukan untuk menggunakan nama.
Alben Aurora mengisahkan Rayyan Alben, seorang remaja lelaki yang meninggalkan keluarganya di Aurora Polaris dan berhijrah ke Vitunia. Daripada seorang bunian Aurora ataupun dikenali sebagai Aurorian, dia menjelmakan diri menggunakan khidmat batu genggam di dunia biasa(Vitunia). Tindakan berani ALben(panggilan sebagai Aurorian), membangkitkan kemarahan ayahnya, Zuhair. Namun anak muda itu punya alasan tersendiri untuk melarikan diri kerana dia tidak mahu masa depan ditentukan oleh keluarga. Meski kesemua anggota keluarganya adalah doktor dan memiliki sebuah klinik sendiri, bagi Alben dia bukan sebahagian daripada mereka. Lalu dia berdikari menggunakan pengenalan sebagai Rayyan dan mengejar cita-cita sebagai tukang gunting/pendandan rambut sebagai kerjaya impian. Nyata berada di Vitunia memberikan pengalaman baru buatnya.
Kejadian jenayah yang berlaku tanpa mengira tempat yang menjadikan seorang gadis bernama Nafeesa sebagai mangsa membuatkan dia terpaksa menggunakan magis. Namun identiti sebagai Aurorian tidak sesekali didedahkan. Personaliti yang berbeza membuatkan Rayyan sering melihat Nafeesa sebagai gadis yang kurang keyakinan diri, lalu dia berusaha menjadikan gadis itu insan terhebat di matanya. Kontra mereka membuahkan perasaan yang tak mampu ditafsir. Namun, segala yang indah takkan selamanya manis. Belum sempat bibir mengungkap cinta, mereka perlu menghadapi suatu hakikat. Dan Nafeesa mula sangsi, apakah Rayyan juga manusia biasa sepertinya?
Profil Watak Utama:
Rayyan Alben

Hero:
Nama penuh: Rayyan Alben bin Zuhair
Nama di alam polaris(bunian): Alben
Nama di dunia biasa: Rayyan
Profesion: Tukang gunting/dandan rambut(hair stylist)
Sikap: Tak suka dikongkong, selamba, aneh, berdikari, prihatin, dingin pada orang yang tidak dikenali, masa sekolah suka ponteng sekolah, petang2 lepak kat kedai gunting rambut cikgu.
Tarikh lahir: 29/2/1988
Kelebihan: magis-boleh menyembuhkan luka menggunakan batu genggam, dan boleh merubah sesuatu benda kpd apa yg dia mahu dgn niat yang baik.
Fizikal: Tinggi lampai, berkulit cerah, wajah yang tampan namun kelihatan sombong.
Tempat tinggal: Aurora Polaris
Keluarga: Ibu bapa, kakak dan abang.
Warisan keluarga: Ilmu perubatan(doktor)
Nafeesa

Heroin:
Nama penuh: Nafeesa binti Nazrin
Nama panggilan:Feesa
Profesion:Lepasan diploma Teknologi Multimedia yang masih mencari kerja di pusat membeli belah Vitturian.
Sikap:Gelabah, lurus bendul, baik hati, peramah namun berhati-hati.
Kelebihan: -
Fizikal-tidak lampai dan tidak rendah, bertubuh sederhana, memiliki senyuman yang menawan, berambut tocang tepi.(suka pakai baju-t lengan panjang dengan skirt labuh. Berwajah bulat, hero tu ubah gaya rambut dia nanti.)
Tempat tinggal: Vitunia
Keluarga:Bapa, abang.
Pendamping:(manusia yang membantu Rayyan dan Nafeesa untuk terus bersama)
Nazreel

Nama penuh: Nazreel bin Nazrin
Nama panggilan: Areel
Profesion: Bijak tapi tak minat untuk sambung belajar.
Kelebihan-memiliki kemahiran bermain pool dengan baik. memiliki ramai peminat kerana wajahnya, juga mempunyai pancaindera keenam(melihat pandangan ghaib.(membolehkan dia mengetahui kehadiran Rayyan walaupun jejaka itu tiada di sisi mereka. Walaupun perkenalan dengan rayyan bermula daripada salah faham, namun mereka mampu bersahabat baik. suka membebel pada adiknya mcm seorang ibu sampaikan ayah dia konfius. Awak ni abang ke kakak dia? Hahaha…dan masa Rayyan blk ke Polaris, Areel yang tlg ckp kat adik dia bhwa lelaki tu adelah Rayyan. Masa tu baru Nafeesa tahu abangnya ada pancaindera keenam.)
Sikap: Tegas, suka mengawasi adiknya, namun asyik bermain pool hingga adakalanya lupa jalankan tanggungjawab sebagai abang, mempertahankan adiknya yang jatuh cinta dengan Rayyan.
Fizikal:Tinggi, berambut ikal, senyuman memikat hati.
Watak-watak sampingan:
-Zuhair-bapa Rayyan(ego)
-Harnum-ibu Rayyan(bertoleransi)
-Zurran&Nadalin-Abang dan kakak
*kesemua mereka adalah doktor
(ayah buka klinik sendiri, tapi tak minta bayaran kepada orang susah… tapi Rayyan tak suka bidang ni sebab berkaitan dengan nyawa orang. Lagipun dia takda kesabaran untuk layan pesakit)
Latar Tempat:
Aurora Polaris-jika dari Vitunia, hanya dapat dilihat dalam jangka masa 4 tahun sekali. Tetapi, bagi Aurorian, mereka tinggal di situ sehingga ke akhir hayat. Penempatan maya di kutub yang mempunyai pembangunan seperti dunia maju yang nyata. Cuaca dingin sepanjang tahun, dan terik matahari membuatkan warna daun akan bertukar. Bunga akan berkembang setiap kali angin bertiup. Udaranya bersih walaupun mempunyai bangunan pencakar langit, kenderaan bermacam jenis.
Untuk kembali ke aurora polaris, Rayyan memerlukan bantuan batu genggam. Selain itu batu ini,(batu yang mempunyai khasiat menyembuhkan luka, terhasil daripada letusan pancaran aurora pada kali pertama, dan diwariskan oleh arwah atuk kepadanya.)membantu Rayyan untuk menyembuhkan luka. Contohnya, sewaktu menyelamatkan Feesa semasa dia diragut, gadis itu tercedera dan luka. Rayyan mulanya enggan membantu namun menyedari kewajipannya sebagai seorang manusia tak boleh mementingkan diri. Kebanyakan bunga michelia ditanam(bunga kebangsaan), di negara itu. Kembang pada waktu malam.
Vitunia: Negara maju yang moden. Pesat dan mempunyai kecanggihan teknologi. Dihuni oleh manusia biasa. Tiada yang luar biasa padanya. Sebuah negara yang aman damai. Kebanyakan anak muda menggunakan skuter. Namun mempunyai keretapi peluru yang laju dipanggil Tran. Feesa biasa menggunakan kemudahan ini untuk ke mana-mana terutama mencari kerja.
p/s: Buat masa sekarang, hanya setakat ini idea Adra. Tetapi sebarang komen dari kawan-kawan amat dialu-alukan. Untuk memberi sebarang idea dan cadangan. Terima kasih...
;
00:33
***
Ahad, 2009 Julai 26
Rayyan Idlan *_*

Bibirnya diketap tanda tak puas hati. Lambat-lambat dia mengatur langkah menuju ke pintu utama rumah. Setelah tiba, kasut ditanggalkan dan disepak hingga terpelanting entah ke mana. Stokin? Tak payah risaulah. Benda alah yang melecehkan itu tak pernah termasuk dalam agenda hariannya setiap kali pergi sekolah. Nak pakai kasut pun dah kira bagus.
Dia terus meluru masuk ke dalam rumah. Beg sekolah miliknya pula dijinjit pada hujung jari telunjuk. Memang itu caranya. Tak pernah menggalas beg sepanjang hampir empat tahun mengikuti pengajian peringkat sekolah menengah. Kalau masa sekolah rendah lainlah, zaman skema tak habis lagi. Sekarang dia dah besar, dan ada stail sendiri. Buat apa nak ikut-ikut orang.
Berulang kali dia menggigit bibir. Sesekali mengeluh apabila perlu memulas tombol pintu bilik bacaan. Lemah semangat bila melihat susuk tubuh lelaki yang sedia menanti kehadirannya di meja komputer. Dia tayang muka selamba. Lantas beg ringan yang tidak diketahui apa isinya dihempas ke meja. Encik Wafi segera bangun dari kerusi bila menyedari kedatangan anak sulungnya.
Tenang pandangan matanya menyorot setiap inci tubuh si sulung daripada empat beradik ini. Berbeza pula bagi anak remaja yang masih bergelodak jiwa mudanya itu. Jelingan tajam dan wajah masam mencuka diperlihatkan untuk tatapan walid. Saat terpandangkan beg anaknya, Encik Wafi mula mengesan sesuatu. Dia mula terfikir, apa yang sering dibawa oleh anaknya ke sekolah selama ini?
“Cuba buka beg tu.” Perlahan sahaja suara walid namun cukup tegas.
“Tak payahlah walid. Bukannya ada apa pun!” Bentak anak terunanya yang berusia enam belas tahun.
“Tolong buka. Walid nak tahu apa yang awak bawak kat dalam beg tu.” Encik Wafi berpaling seketika membelakangi anak sulungnya.
Sengaja hendak menguji reaksi si keras kepala itu sebentar lagi. Dia faham sangat kerenah anaknya yang degil. Tentu menggunakan kesempatan sewaktu dia berpaling untuk melarikan diri. Remaja yang masih memakai pakaian seragam sekolah ini terbongkok ke meja. Tangannya merayap untuk mencapai beg. Setelah berjaya, terhendap-hendap dia mengatur langkah. Hajatnya hampir terlaksana! Sebolehnya ingin melarikan beg itu daripada pemeriksaan walid. Dia tak rela tertangkap!
“Rayyan Idlan!” Tegak tubuh lampai itu terpacak bila mendengar jerkahan walid. Wajahnya cemberut. Mula pucat lesi. Bala dah datang! Nahaslah dia sekejap lagi. Perintah walid memang tak mungkin ditarik balik.
“Ke mana awak nak pergi? Walid belum tengok isi beg awak.” Nada Encik Wafi kembali tenang. Tadi sengaja menaikkan suara untuk menggertak anaknya. Jika tak buat begitu, rasanya Rayyan dah lepas lari.
“Ayan nak naik atas.” Selamba dia menjawab. Menutup gentar di dada. Sedangkan peluh sudah menyentuh pelipis.
“Bawak beg tu ke sini.”
“Tak ada apa-apa pun dalam beg ni.”
“Kalau tak ada apa, kenapa awak nak takut?” Erat beg galas berwarna hitam itu dalam pegangannya.
Namun walid tetap berkeras. Menarik beg itu dengan kuat sehingga tangan Rayyan naik lenguh. Tanpa kerelaan, beg itu telah pun bertukar tangan. Cepat-cepat walid membuka zip. Terbelalak biji mata Encik Wafi tatkala melihat ‘khazanah’ yang dimuatkan dalam beg anaknya.
“Satu buku pun takda?” Melengking suara walid.
Tergeleng kepala orang tua itu. Beristighfar panjang bila mendapati hanya beberapa helai kertas ada dalam kocek utama beg tersebut. Dibukanya satu persatu kertas yang berlipat-lipat. Alangkah terperanjat Encik Wafi bila mengamati markah yang tertulis. Kertas satu matematik, anaknya hanya betul sebanyak 19 soalan. Ini dah nazak! Serta merta raut wajahnya berubah.
Rayyan membatu. Mulutnya terkunci. Dia tunduk ke bawah, mengira jari kaki sendiri. Tak sanggup melihat begnya digeledah oleh walid. Nafasnya bagai tersekat bila tangan walid makin ligat membuka satu-persatu kocek, tidak terkecuali ruangan berzip tersembunyi yang seringkali berjaya memperdayakan pengawas dan guru disiplin. Melopong mulutnya bila tangan papa memegang kotak yang masih berisi dengan beberapa batang rokok.
“Ini apa ni Ayan? Kenapa teruk sangat perangai awak? Buku tak pernah nak bukak, tapi rokok yang awak bawak ke sekolah! Kalau kena tangkap macam mana? Awak akan dibuang sekolah, tahu tak?” Lantang suara Encik Wafi menengking.
Terkedu Rayyan. Air liurnya tak mampu ditelan. Tiba-tiba, mulut terasa kelat. Dan ketika itu, tiada seorang pun yang mampu menyelamatkan Rayyan dari menghadapi amarah walid. Bagi Encik Wafi, anak sulungnya benar-benar keterlaluan. Jika sekarang mula pandai menghisap rokok, besar nanti nak jadi apa? Dia sudah tak boleh bertoleransi. Rayyan harus diajar sebelum merosakkan diri sendiri serta masa depan yang masih luas terbentang.
“Sampai hati abang nak pindahkan anak kita ke sekolah luar bandar. Siapa nak temankan saya kat sini. Ayan, janjilah dengan walid yang Ayan takkan buat perkara bukan-bukan lagi. Abang, tolonglah beri peluang pada anak kita.” Esakan Puan Suri makin menjadi-jadi.
Siap dengan nada suaranya yang kedengaran begitu sedih. Berhelai-helai tisu digunakan untuk menyapu pipi, namun tiada air mata yang mengalir. Naik geli hati Encik Wafi melihat drama ciptaan isterinya. Anak begitu, isteri begini. Umi dengan anak, sama sahaja. Rayyan turut menayang muka sedih. Berharap agar walid tersentuh dengan muka kasihannya.
“Sudahlah Suri. Tak payahlah awak nak bela anak kesayangan awak. Abang buat semua ni bukan untuk beri masalah pada dia. Takdanya abang nak susahkan anak sendiri. Abang cuma fikirkan kebaikan Ayan. Oh ya, Ayan hujung minggu nanti walid dan umi balik kampung. Walid amanahkan Pak Karim hantarkan awak dulu. Marahlah sekarang kalau itu yang awak nak. Sebab nanti awak akan tahu apa tujuan sebenar walid buat semua ni. Awak akan tahu juga suatu hari nanti bila awak dah pandai fikir.” Setelah mendengar kata muktamad walid, Rayyan memeluk ibunya. Wajah sugul usah dikata lagi. Cukup untuk menjelaskan betapa dia tidak suka pulang ke kampung.
“Umi janganlah sedih. Lakonan umi dah tak menjadi. Jangan risaulah. Ayan akan selamat kat sana. Bukannya Ayan nak pergi berperang.” Selamba dia berbisik ke telinga umi. Membulat mata Puan Suri dibuatnya.
Tanpa berkata sepatah pun Rayyan tunduk menyalami dan mencium tangan walidnya. Dia tetap beku, langsung tak mahu memandang wajah walid. Encik Wafi hanya tersenyum. Anaknya ini memang panas baran. Namun lazimnya kemarahan Rayyan tidak akan berlarutan. Jika dengan adik-adik, Rayyan sememangnya seorang abang yang amat penyayang.
Rayyan begitu berhati-hati merebahkan punggung. Seksanya hendak duduk! Dia terpaksa mengalaskan bantal lembut di tempat duduk belakang. Punggungnya masih berbirat akibat penangan libasan rotan walid semalam. Semuanya sebab rokok! Mengenang kembali kejadian semalam, walid bukan sahaja merotannya malah terus mencampakkan sekotak rokok itu ke dalam tong sampah. Padahal bukan dia yang merokok, cuma membekalkan rokok kepada ‘lanun’ tak bertauliah sekolah mereka dengan menetapkan bayaran dua ringgit sebatang.
Asalkan dapat buat duit, sudah cukup baginya. Bila diberitahu kepada walid, lagilah meledak amarah lelaki itu. Natijahnya, berjalurlah punggung Rayyan menjadi mangsa rotan walid. Secepat yang boleh juga walid selaku Guru Penolong Kanan memindahkan dia ke sekolah luar bandar. Tempat yang langsung tak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi destinasi menuntut ilmu. Mungkinkah sekolah itu bagaikan dunia gelap yang akan memusnahkan kehidupannya? Argh!
Yang pasti kampung bukanlah tempat yang serasi dengan jiwa budak bandar sepertinya. Lebih baik jika walid mencampakkan dia ke pulau, daripada menghantarnya ke kampung. Terlalu banyak perkara yang bertentangan dengan dirinya, dari pelbagai segi. Pergaulan dan makanan antaranya. Erk? Makanan? Dia terkernying sendiri. Dalam pada berfikir-fikir, matanya tak mampu bertahan lagi. Rayyan terlelap di sepanjang perjalanan.
Sesampainya di rumah kampung sederhana besar itu, Rayyan menonong masuk ke bilik setelah menyalami nenek tanpa mempedulikan ibu saudaranya yang terpacak di muka pintu. Dia malas hendak melayan Chek Su yang bermulut becok itu.
“Mak! Tengoklah budak tu. Kurang asam betul. Usah kata nak salam, pandang pun tidak. Kecik hati kita dibuatnya.” Bebel gadis bernama Najihah itu.
Memuncung wajahnya. Naik meluat dengan gelagat Rayyan. Harapkan muka sahaja tampan tapi perangai memang tak boleh dipuji. Anak saudaranya sulungnya itu memang perengus. Tapi perkara yang berlaku pada kali ini berpunca daripada kesalahannya, mengapa nak lepaskan geram pada orang lain? Itu yang Najihah sakit hati.
“Sudahlah, Jihah oi. Bukannya kamu tak tahu macam mana perangai si Ayan tu. Panas barannya tak boleh disekat. Biarlah dia reda dulu. Nanti eloklah tu.” Nasihat Adibah pada anak bongsunya.
“Lantak dialah mak. Malas saya nak ambil kisah.” Getus Najihah seraya melangkah masuk. Terkulat-kulat Adibah di muka pintu.
***
Waktu makan malam, Rayyan hanya termangu di meja makan. Dia memandang lauk pauk yang terhidang tanpa perasaan. Masak lemak ikan keli, ulam raja, ikan masin serta sambal petai ikan bilis tak mampu memancing selera budak bandar yang amat cerewet sepertinya. Seketika kemudian dia bangun. Mencerlung biji mata Najihah memerhati setiap tingkah laku Rayyan.
“Kau nak gi mana tu?” Rayyan terus bangun. Dia buat tak endah dengan teguran Chek Su.
“Hei! Wan masak penat-penat, kau boleh tak nak makan? Ingat senang ke nak dapat lauk macam ni? Berlambak lagi orang susah yang hari-hari makan nasi dengan garam. Cubalah belajar bersyukur. Tahulah tekak kau tu tekak orang bandar. Tak lalu makan makanan kampung macam ni.”
“Dahlah Jihah, biarkan dia.”
“Mana boleh biarkan mak. Geram fasal siang tadi pun tak habis lagi. Mak tahu tak cucu kesayangan mak ni, bergaduh dengan budak kelas lain. Nyaris nak bertumbuk. Sekarang dah masuk seminggu dia duduk dengan kita. Tapi takda tanda langsung nak berubah. Semua nak kena ikut cara dia.” Ceramah Najihah tanpa mempedulikan ibunya yang mahu membela cucu kesayangan.
“Wan, maggi ada tak?” Dengan selamba badaknya, Rayyan bertanya. Najihah sudah bercekak pinggang. Ada jugak kena piat telinga budak ni.
“Ada. Ayyan ambillah dalam kabinet kat dapur.” Najihah hanya menggeleng. Anak saudaranya naik lemak kerana dimanjakan oleh mak.
“Maggi, maggi, maggi! Makanlah sampai terbuntang. Esok lusa kalau sakit, jangan salahkan kami pulak. Dahlah kena potong rambut kat depan perhimpunan.” Herdik Najihah lagi. Berdesing telinga Rayyan mendengar bebelan Chek Su. Wajahnya serta merta membahang.
“Chek Su jangan nak sebut-sebut fasal tu! Chek Su ingat Chek Su dah kerja jadi cikgu cukup bagus ke? Apa yang mulia kalau mulut tu asyik nak mengata budak-budak je? Chek Su jangan ingat, Ayan tak tahu. Kat sekolah tu ramai gila budak kutuk Chek Su. Cikgu mulut macam longkang. Tahu nak herdik orang je!” Najihah terpempan. Hebat sungguh anak saudaranya ini mereka cerita.
“Betul ke Jihah?” Dan dia hanya tunduk, menafi dalam gelengan. Tak sangka, bijak sungguh Rayyan memutar belitkan fakta.
Rayyan menghadap cermin. Hilang sudah gaya rambut yang menjadi identitinya sejak dulu lagi. Rambut ala-ala karakter Kagurazaka dalam drama Hanazakari no Kimitachi e telah dicukur oleh guru disiplin pada perhimpunan yang berlangsung dua hari lepas. Dia merasa amat malu. Sungguh, tinggal di kampung umpama dibelenggu dalam dunia gelap! Dia mahu lari! Tiada gunanya dia terus tinggal di sini. Kebosanan hanya dia sendiri yang tanggung. Hanya dia yang rasa betapa azabnya.
Setiap pagi terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, pergi ke jeti untuk menunggu pengangkutan utama yang digunakan sekarang iaitu bot. Saban hari yang dilalui bagai mempertaruhkan nyawanya untuk menimba ilmu. Dia bencikan kesusahan! Sedangkan di bandar dia boleh sampai ke sekolah dengan dihantar oleh pemandu ataupun menaiki LRT. Cepat dan menjimatkan masa. Pakaian pun tidak basah. Berbeza sekali di sini, jika bot terlebih laju, air sungai akan merecik membasahkan lengan bajunya. Belum lagi tiba musim tengkujuh. Entah bagaimanalah keadaan ketika itu nanti? Hendak pitam setiap kali Rayyan memikir segala kemungkinan yang bakal berlaku.
“Hish! Lembap betul bot hari ni. Entah-entah dah bocor.” Rungut Rayyan.
Naik lenguh kakinya berdiri. Tercongok tanpa mempedulikan kehadiran budak-budak sekolah rendah yang turut serta menunggu berhampiran dengannya. Dan di sebelah kanan jeti, sekelompok murid sekolah menengah sedang berbual-bual. Sibuk bergelak ketawa. Macamlah seronok sangat menunggu macam ni! Buang masa je.
Kalau nasibnya baik, tak perlulah menunggu untuk giliran kedua menaiki bot. Tapi biasanya, melihat daripada keramaian orang yang sedang menunggu, dia harus bersedia untuk berdiri lebih lama. Jika terlebih seorang pun, terpaksa menunggu kedatangan kali kedua bot yang sama untuk sampai ke sekolah. Semua itu benar-benar merimaskan Rayyan Idlan.
***
“Ayan! Berdiri kat situ! Ingat Chek Su tak nampak apa yang dah berlaku tadi?” Jeritan ibu saudaranya mematikan langkah Rayyan. Najihah berlari ke arah Rayyan yang agak jauh di hadapan.
“Apa lagi Chek Su?” Lirih nada Rayyan. Dia sudah bersedia untuk mendengar segala hujahan ibu saudaranya.
“Ayan! Chek Su bersyukur sebab ada anak buah yang baik macam Rayyan. Anak buah yang tak pentingkan diri. Terima kasih sebab selamatkan anak murid Chek Su.” Rayyan hanya melemparkan senyuman.
“Dah jadi tanggungjawab Ayan, Chek Su. Takkan nak tengok dia terkapai-kapai macam tu je. Sekarang, Chek Su dah tahu kan, Ayan tak sejahat yang Chek Su sangka?” Najihah terangguk-angguk.
Mengakui betapa dia sering berkelahi mulut dengan Rayyan. Bukannya bermusuhan cuma mungkin itulah cara mereka mengeratkan hubungan. Bila salah seorang tiada, mulalah rasa sunyi. Sebenarnya dia amat gembira bila Rayyan akan berpindah ke sini, namun seperti biasa ragam mereka tak pernah berubah.
Nak peluk, anak saudaranya ini dah besar. Lain macam pula nanti kalau orang tengok. Akhirnya dia mengusap sahaja rambut Rayyan yang basah. Tak semena-mena, Rayyan bersin. Angin yang bertiup lembut pada waktu tengahari ini cukup mendinginkan seluruh tubuhnya. Manakan tidak, pakaian seragamnya sudah kuyup termasuklah kasut. Kecuali beg sekolah yang sempat dicampak sebelum terjun dari bot. Semuanya berlaku sungguh pantas hingga dia tak terfikir untuk menanggalkan kasut terlebih dahulu.
“Chek Su.” Panggil Rayyan perlahan.
“Ya Ayan.” Sahut Najihah lembut.
“Ayan rasa nak de...” Belum sempat dia menghabiskan ayat, Rayyan memegang kepalanya yang diserang pening. Lututnya terasa lembik, bagai tak mampu menampung tubuh. Pandangannya kelam dan rebah di situ juga. Panik Najihah dibuatnya.
***
“Terima kasih sebab abang selamatkan saya tempoh hari. Kalau tak mungkin saya dah jadi arwah.” Rayyan hanya tersenyum mendengar bicara Zahid. Pelajar tingkatan tiga itu menegurnya sewaktu dia melintasi pintu pagar sekolah. Setelah berjabat tangan, mereka beriringan pula menuju ke blok kelas.
“Sama-sama. Abang hanya membantu. Yang penting Zahid dah selamat. Allah panjangkan umur Zahid. Kebetulan abang ada kat situ. Kalau abang takda mesti orang lain akan ambil tindakan yang serupa.” Balas Rayyan merendah diri. Dia mengukir segarit senyuman ikhlas.
“Apa-apa pun terima kasih. Maaflah, saya sempat melawat abang kat rumah nenek abang sekali je. Sibuk dengan kelas tambahan.”
“Takda hal lah Zahid. Datang sekali pun dah seribu rahmat bagi abang. Abang tak harapkan balasan pada pertolongan yang abang bagi. Abang ikhlas. Kelmarin hari Zahid, mana tahu kalau esok lusa hari abang.” Ujar Rayyan jujur. Dia gembira melihat Zahid telah pulih dan tidak mengalami sebarang trauma ekoran kejadian lemas itu. Dan bila dia meneliti kembali pertuturannya, ternyata lebih bersopan berbanding dulu.
***
Persahabatan yang tercipta antara Rayyan dan Zahid semakin erat. Nyata setiap kejadian yang berlaku mempunyai hikmah di sebaliknya. Melalui perkenalan itu, dia berpeluang melihat sendiri dan merasakan sedikit sebanyak hidup anak sulung dari lima beradik yang menjalani kehidupan daif dan susah. Ibaratnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bukan sahaja tidak mempunyai bilik belajar yang khusus, sumber air juga bergantung dengan perigi yang dibina oleh bapanya. Keadaan atap rumah yang bocor, menambahkan belas di hati Rayyan. Bersahabat dengan Zahid, membuatkan dia lebih memahami erti hidup yang sebenarnya.
Bila menjelang malam pula, peranan cahaya lilin membantu Zahid untuk mengulangkaji pelajaran. Rayyan sungguh kagum dengan iltizam remaja berusia 15 tahun ini. Meskipun hidup dalam keadaan serba kekurangan segala dugaan tak pernah melunturkan kecekalan Zahid sebaliknya, menambahkan lagi kekuatannya untuk berjaya dalam pelajaran. Buktinya, dia berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam keputusan UPSR tiga tahun lepas.
Rayyan masih melayan menungnya. Namun laungan Chek Su dari luar bilik membuatkan dia benar-benar teruja. Ada panggilan dari rumah! Tentu umi yang menelefon. Tanpa membuang masa Rayyan berkejar ke meja telefon.
“Assalamualaikum, Ayan.” Dadanya serta merta merasa sebak.
Entah mengapa, bila saja mendengar suara walid, dia jadi tersentuh. Terlalu banyak kesalahan yang telah dia lakukan terhadap walid. Sebagai guru, walid seringkali menebalkan muka tatkala dia membuat onar di sekolah dan sering masuk ke bilik disiplin.
“Waalaikumussalam walid. Walid, Ayan ada sesuatu nak cakap dengan walid. Pertama sekali, Ayan nak mintak maaf banyak-banyak pada walid. Ayan banyak buat salah kat walid. Ayan harap Ayan berpeluang untuk menebusnya.” Tiada lain mampu diucapkan oleh Encik Wafi melainkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah kerana membukakan hati anak sulungnya supaya menjadi insan yang lebih baik. Hampir setahun bersekolah di luar bandar, akhirnya persekitaran baru ini berjaya menerapkan nilai positif ke dalam diri Rayyan.
“Ayan, walid dah lama maafkan anak walid. Walid sentiasa doakan agar Ayan diberikan kesempatan untuk menjadi yang terbaik. Berubahlah kerana diri sendiri, nak. Bukan kerana desakan. Walid ada berita gembira yang hendak diberitahu.” Rayyan tersenyum lebar sampai ke telinga mendengar bicara walid. Moga-moga berita gembira itu akan menyemarakkan lagi semangatnya untuk terus berusaha!
Zahid terkocoh-kocoh mengayuh basikal. Dia bergegas menuju ke rumah Wan Adibah, nenek Rayyan untuk berjumpa dengan abang angkatnya itu buat kali terakhir. Semoga sempatlah hendaknya! Rayyan berteleku di tangga. Meski Pak Kassim telah tiba lebih awal dari jangkaan, dia meminta agar pemandunya menunggu seketika. Dia mahu menemui Zahid. Ada sesuatu yang ingin diberikan.
“Abang Ayan!” Jeritan Zahid melebarkan senyuman Rayyan. Matanya bersinar kegembiraan.
“Zahid!” Sebaik sahaja mendengar laungan Rayyan dan ternampak kelibat abang angkatnya, Zahid melompat turun dari basikal tua yang masih bergerak. Erat mereka berpelukan.
“Terima kasih sebab datang. Abang ingat tak sempat nak jumpa Zahid. Terima kasih dik, kerana berikan abang persahabatan yang amat bermakna.” Zahid hanya mengangguk. Dia menahan sebak. Sebetulnya, mereka berdua sedang meladeni emosi masing-masing.
“Abang, terima kasih kerana jadi penyelamat saya. Abanglah sahabat saya dunia akhirat.” Semakin erat pelukan mereka.
Dan sebelum berpamitan, Rayyan menyerahkan beg kertas kepada Zahid yang berisi pakaian sekolahnya. Biarlah sedekahnya itu dimanfaatkan oleh Zahid. Dia tahu, keluarga adik angkatnya kurang berkemampuan. Berbeza dengan dirinya yang nyata lebih beruntung.
Hari ini, dengan berat hatinya Rayyan perlu kembali ke bandar. Dia akur dengan keputusan walid untuk menamatkan persekolahan di sekolah lama. Telah tersemat dalam hatinya, untuk pulang sebagai Rayyan yang baru. Tentang Rayyan yang dulu, cukuplah sekadar membawa ingatan terhadap perkara lepas dalam dakapan kenangan.
***
Hari ini, tugasnya yang dikira agak mencabar akan bermula. Perasaan teruja membuatkan dia tak sabar untuk melaksanakan tugas sebagai pendidik. Jejaka berkaca mata ini memastikan semua peralatan yang perlu dibawa telah lengkap sebelum masuk ke kelas. Pengalaman pertama beramah mesra dengan para pelajar, tentu sekali meninggalkan kemanisan buatnya.
“Assalamualaikum cikgu!” Suara memberi salam itu memberi seribu satu rasa yang sukar ditafsirkan pada pendengarannya.
“Waalaikumussalam semua. Sila duduk. Apa khabar?” Ramah dia bertanya. Senyuman tak lekang dari bibir.
“Sihat cikgu!” Jawab mereka mesra.
“Bagus kalau macam tu. Kedengaran sungguh bersemangat. Cikgu akan memperkenalkan diri terlebih dahulu. Pernah tengok cikgu tak? Tahu nama cikgu?”
“Tak!” Setelah seisi kelas memberikan jawapan yang sama, ada pula seorang murid mengangkat tangan.
“Ya kamu. Ada apa yang hendak diperkatakan?” Soal Rayyan teruja. Interaksi bersama pelajar amat penting baginya.
“Tak tahu nama cikgu. Tapi pagi tadi saya nampak cikgu kena denda sebab datang lambat kan? Tayar motor pancit ke cikgu?” Seloroh murid perempuan itu. Pelajar lain mula tergelak. Tersengih Rayyan dibuatnya.
“Pandai kamu kenakan cikgu ya. Baiklah, nama cikgu, Rayyan Idlan. Kamu boleh panggil Cikgu Rayyan.” Dia menyusun langkah menghampiri papan hitam. Dituliskan namanya dengan kapur berwarna biru sebesar mungkin.
“Cikgu akan ajar kamu subjek Sejarah. Kalau ada masalah berkaitan subjek ni, kamu boleh tanya cikgu. Oh ya, sebelum mulakan kelas apa kata kita berkenalan dulu? Kita mulakan dari kanan cikgu ni.” Lalu Rayyan bangun dan menghampiri meja anak muridnya.
Syukur, penat lelahnya tidak sia-sia. Rayyan berjaya melanjutkan pelajaran dan menjadi guru. Menuruti jejak langkah walid yang tak jemu menanam sikap optimis dalam dirinya. Dan yang paling bermakna adalah, dia kembali semula ke sekolah yang memberi berjuta erti kepada dirinya suatu masa dulu. Di sini, ada kenangan antara dia dan Zahid. Adik angkatnya itu masih meneruskan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, mengejar cita untuk bergelar peguam. Hubungan mereka tetap seperti dulu, malah lebih akrab direntangi kemudahan teknologi.
“Abang dah datang semula ke sekolah ni, Zahid. Tempat yang banyak menyimpan kenangan. Tempat di mana kita belajar untuk menebar seribu impian dan berusaha untuk merealisasikannya sebagai kenyataan.” Bisik Rayyan perlahan sebelum bangun untuk meninggalkan kelas setelah loceng berbunyi.
;
07:16
***